KUIZ

A. Isi tempat kosong dengan kata nama am yang sesuai.
1  Murid-murid dikehendaki beratur ketika membeli makanan di __________.
   A  kelas
   B  kantin
   C  makmal
   D  perpustakaan

2  __________ yang bersih membolehkan murid-murid belajar dengan tenang.
   A  Kelas
   B  Dewan
   C  Padang
   D  Bilik tidur

3  __________ bunga yang diletakkan di luar bilik guru telah dicat dengan warna         hijau. 
   A  Pasu
   B  Bekas
   C  Pokok
   D  Tempat

4  Guru besar memberi ucapan semasa perhimpunan yang diadakan di dalam  __________.
   A  padang
   B  dewan
   C  kantin
   D  bilik guru

5  Ibu Malini memasang __________ baharu untuk setiap tingkap rumah mereka.
   A  langsir
   B  sarung
   C  cadar
   D  lapik

6  Sofia dan keluarganya akan menonton __________ selepas makan malam.
   A  radio
   B  wayang
   C  televisyen
   D  gambar

7  Rumah Roselyn mempunyai sebuah __________ bacaan.
   A  meja
   B  bilik
   C  ruang
   D  tempat


B. Isi tempat kosong dengan kata nama khas yang sesuai.
1  Sekolah baharu Tarmizi terletak di __________.
   A  desa
   B  bandar
   C  kampung
   D  Taman Seri Sentosa

2  Ratna dan adiknya belajar di __________.
   A  sekolah kebangsaan
   B  SK Seri Sentosa
   C  sekolah agama
   D  sekolah

3  Kelas __________ menjadi johan dalam pertandingan keceriaan kelas.
   A  Tahun 3 Hang Tuah
   B  SK Taman Ria
   C  Ramli bin Salleh
   D  Bilik guru

4  Encik Umar baru membeli sebuah __________.
   A  van
   B  motosikal
   C  Proton Exora
   D  pacuan empat roda

5  Guru kelas Vivian berbangsa iban dan berasal dari negeri __________.
   A  Melaka
   B  Sarawak
   C  Selangor
   D  Pulau Pinang

6  Ungkapan __________ tertulis pada dinding sekolah itu.
   A  Sekolahku Rumahku
   B  Sekolah dan Rumah
   C  Sekolahku Besar
   D  Sekolah Cantik

7  Cikgu Razak meminta murid-murid Tahun 3 Cerdas membersihkan __________ pada hari Sabtu.
   A  Taman Permainan
   B  Taman Rekreasi
   C  Taman Negara
   D  Taman Sains



C. Isi tempat kosong dengan kata ganti nama yang sesuai.
1  Nama guru sukan saya Cikgu Ibrahim. Siapa nama guru sukan __________?
   A  awak
   B  kami
   C  saya
   D  dia

2  Badan __________ akan menjadi cergas apabila bersukan.
   A  mereka
   B  kalian
   C  kita
   D  kami

3  __________ akan berusaha bersungguh-sungguh untuk membantu sekolah menjadi johan dalam pertandingan bola sepak.
   A  Dia
   B  Saya
   C  Kamu
   D  Anda


D. Isi tempat kosong dengan kata adjektif yang sesuai.
1  Badan yang __________ dapat diperoleh daripada kegiatan bersukan.
   A  sihat
   B  kuat
   C  lemah
   D  malas

2  Siti berasa __________ setelah diumumkan sebagai olahragawati sekolah.
   A  ceria
   B  indah
   C  sedih
   D  gembira

3  Penjaga gol yang __________ itu berjaya menepis bola daripada menembusi pintu gol.
   A  kurus
   B  gemuk
   C  tinggi
   D  rendah


E. Isi tempat kosong dengan kata sendi yang sesuai.
1  Murid-murid hendaklah mematuhi peraturan yang ditetapkan semasa berada __________ makmal komputer.
   A  pada
   B  di
   C  dari
   D  dengan

2  Perkakasan computer hendaklah digunakan __________ baik supaya tidak mudah rosak.
   A  dengan
   B  pada
   C  sampai
   D  demi

3  Cikgu Gunalan menggalakkan murid-muridnya melayari internet __________ mendapat maklumat tambahan.  
   A  sejak
   B  untuk
   C  tentang
   D  hingga


F. Isi tempat kosong dengan kata seru yang sesuai.
1  __________, luasnya ruang tamu rumah kamu!
   A  Amboi
   B  Aduhai
   C  Eh
   D  Nah

2  __________, meriah sungguh sambutan majlis hari jadi adik!
   A  Cis
   B  Wah
   C  Aduh
   D  Oh

3  __________, kasihan sungguh melihat nasib anak yatim piatu itu!
   A  Eh
   B  Wah
   C  Aduh
   D  Aduhai


No comments:

Post a Comment